Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat 7.1 skala richter gegar New Caledonia

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 29 OGOS: Satu gempa besar pada kekuatan magnitud 7.1 menggegarkan wilayah kepulauan New Caledonia, Samudra Pasifik sebelah timur Australia.

Badan Penyelidikan dan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatat, kekuatan gempa kuat itu berkaku oada 03.51.56 waktu dunia (UTC) Rabu, 29 Ogos 2018.

Lokasi pusat gempa berada di lautan pada titik koordinat 22.066°S 170.050°E, pada kedalaman 26.7 kilometer.

Sementara itu, Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Nasional Amerika Syarikat atau NOAA dalam statys rasmi mengeluarkan peringatan gelombang tsunami sebagai impak daripada gempa besar ini.

Dalam keterangan rasminya, NOAA menyebutkan bahawa gelombang tsunami dengan ketinggian 0,3 hingga satu meter berpotensi menerjah wilayah Pulau Vanuatu dan Kepulauan Fiji. Gelombang tsunami diperkirakan melanda pada malam nanti waktu setempat.

Sementara itu, seperti dilapor Reuters, Pacific Tsunami Warning Center menyatakan bahawa gempa itu tidak menimbulkan tsunami yang membahayakan.

Hasil pemantauan hanya gelombang laut setinggi 17 cm mencapai pesisir pantai Loyalyty Islands, yang berjarak 250 km dari sebelah barat pusat gegaran.

=EZY=