Categories
SELANGOR

PRK Seri Setia: PAKATAN tak kisah Umno beri laluan pada PAS

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak kisah apabila Umno dikhabarkan akan memberi laluan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan datang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak akan sesekali mengambil mudah mana-mana PRK di Selangor termasuk DUN Seri Setia.

Katanya, PAKATAN akan menggunakan segenap sudut strategi bagi membolehkan parti itu terus meyandang kerusi yang sama.

“Tidak kisahlah lawan Umno kah, lawan PAS kah, mahupun parti lain, kita sesekali tidak akan ambil mudah dan memberi laluan senang buat mereka,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Sungai Kandis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Umno akan memberi laluan kepada PAS meletakkan calon di kerusi Dun Seri Setia pada PRK kawasan itu nanti.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu dibuat sebagai membalas budi PAS di PRK DUN Sungai Kandis.