Categories
NASIONAL

PRK Port Dickson: Cuaca diramalkan ribut petir

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca mendung pada waktu pagi ketika hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Sabtu ini.

METMalaysia melalui laman webnya berkata, cuaca kemudiannya diramalkan bertukar ribut petir pada waktu petang.

“Suhu pada waktu pagi bermula dari 23 hingga 29 darjah celcius, sementara pada waktu petang 30 hingga 32 darjah celcius,” kata kenyataan itu.

Cuaca di Port Dickson diramalkan hujan ribut petir bermula hari ini hingga Ahad, namun kembali cerah pada Isnin, 15 Oktober 2018.

PRK Port Dickson berlangsung pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PAKATAN), PAS dan Bebas.

PAKATAN meletakkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon manakala PAS mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.