Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor dijangka alami hujan, ribut petir hingga 3 Oktober

SHAH ALAM, 27 SEPT: Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula hari ini sehingga 3 Oktober, demikian menurut Jabatan Metereologi (MetMalaysia).

Menerusi portal agensi, keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Sementara itu Klang pula tiada hujan pada 30 dan 1 Oktober, namun keesokannya kembali hujan serta ribut petir sehingga 3 Oktober.

Bagi kawasan Petaling pula, tiada hujan dijangka berlaku pada hari ini dan esok, tetapi kembali hujan pada Selasa (29 September) hingga 3 Oktober.

Categories
SELANGOR

Lima daerah diramal panas hingga Ahad ini

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 1 JUL: Lima daerah di Selangor dijangka mengalami cuaca panas berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laporan di laman webnya memberitahu, antara daerah berkaitan ialah Kuala Langat, Sepang, Petaling, Klang dan Kuala Selangor.

Turut diramalkan kesemua daerah berkenaan akan mengalami suhu panas mencecah sehingga 33 darjah celcius.

Bagaimanapun tiga daerah di antaranya Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor dijangkakan mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga 7 Julai.

Categories
SELANGOR

Cuaca Selangor ribut petir dan hujan hingga Sabtu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MEI: Cuaca di Selangor diramalkan mengalami hujan ribut petir serta hujan di satu dua tempat sehingga Sabtu depan, 18 Mei.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman webnya melaporkan, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor dilanda hujan ribut petir yang dijangka berlaku pada waktu petang.

 

Sementara Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula diramalkan hujan di satu dua tempat sahaja.

Dalam perkembangan lain, dua lokasi di Semenanjung dikesan mengalami suhu panas pada tahap berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius.

Kawasan yang terbabit ialah Jempol, Negeri Sembilan dan juga Tangkak, Johor Baharu.

Bagi kawasan yang tidak berada di tahap satu, suhu harian maksimum dibawah 35 celcius.

Categories
NASIONAL

Tiga negeri dilanda suhu panas tahap berjaga-jaga

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 23 APR: Kedah, Kelantan dan juga Pahang dikenalpasti antara negeri di Semenanjung dilanda suhu panas pada tahap berjaga-jaga dengan catatan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius, sejak semalam.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia berikutan hampir kesemua daerah di negeri terbabit mengalami keadaan suhu panas sejak tiga hari berturut-turut.

Di Kedah, antara lokasinya termasuk Baling, Kuala Muda, Sik, Pendang, Kota Setar dan Kubang Pasu.

Kelantan pula, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dan Machang.

Tidak ketinggalan antara daerah yang terlibat di Pahang ialah Jerantut, Raub, Bentong, Maran dan Rompin.

Antara kawasan lain ialah Jempol (Negeri Sembilan) dan Kuala Terenggangu (Terengganu).

Bagi kawasan yang tidak berada di tahap satu, suhu harian maksimum dibawah 35 celcius.

Categories
SELANGOR

Hujan ribut petir di Selangor diramal hingga Isnin depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 APR: Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan ribut petir dan ia dijangka berlarutan hingga Isnin depan, 15 April.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu pagi dan juga petang, di beberapa lokasi.

“Antara lokasi yang dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

“Namun diramalkan hujan berlaku pada waktu malam di beberapa lokasi,” kata laporan berkenaan.

Namun cuaca di Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang dijangka berubah panas bermula Sabtu hingga Isnin.

Categories
SELANGOR

Hujan, ribut petir di Selangor hingga Khamis

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MAC : Selangor diramalkan mengalami hujan dan ribut petir yang dijangka berlarutan hingga Khamis ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya, http://www.met.gov.my/ memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu pagi dan petang, di beberapa lokasi.

“Antara lokasi dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

“Namun dijangkakan tiada hujan pada waktu malam,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan cuaca berubah panas bermula Jumaat ini sehingga mencecah suhu 35 darjah celcius.

Ia termasuk di Sepang, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.

Categories
NASIONAL

PRK Port Dickson: Cuaca diramalkan ribut petir

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca mendung pada waktu pagi ketika hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Sabtu ini.

METMalaysia melalui laman webnya berkata, cuaca kemudiannya diramalkan bertukar ribut petir pada waktu petang.

“Suhu pada waktu pagi bermula dari 23 hingga 29 darjah celcius, sementara pada waktu petang 30 hingga 32 darjah celcius,” kata kenyataan itu.

Cuaca di Port Dickson diramalkan hujan ribut petir bermula hari ini hingga Ahad, namun kembali cerah pada Isnin, 15 Oktober 2018.

PRK Port Dickson berlangsung pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PAKATAN), PAS dan Bebas.

PAKATAN meletakkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon manakala PAS mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.