Categories
SELANGOR

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT kini dibuka

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 25 NOV: Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) mula dibuka pada 25 November hingga 31 Januari depan.

LZS menerusi laman facebook rasminya mengingatkan pemohon yang mahu mendapatkan bantuan IPT itu untuk membaca dan memahami syarat permohonan terlebih dahulu selain menyertakan dokumen lampiran yang betul.

Katanya, ini kerana kebanyakan permohonan disertakan dengan dokumen kurang lengkap misalnya tidak menyertakan Borang Pengesahan Belajar dan Borang Pengesahan Pemastautin, sekali gus menjejaskan permohonan.

“Keutamaan sumbangan di bawah bantuan SPZAS ini diberikan kepada pelajar yang datang daripada golongan berpendapatan seisi rumah melebih haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf dan jumlah lebihan tersebut tidak melebih RM5,000.

“Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga tahun

“Permohonan hanya untuk pelajar IPT dalam negara bagi semester dua dan ke atas sahaja di peringkat sijil/pra universiti/asasi/matrik/pra diploma/diploma/diploma lanjutan/ijazah pertama/sijil profesional dan ijazah sarjana,” katanya.

Bagaimanapun, LZS menggariskan beberapa kategori permohonan yang tidak layak memohon bantuan berkenaan.

“Ia termasuk permohonan SPZAS IPT yang pernah diluluskan sebelum ini, permohonan yang gagal sebelum ini kerana pendapatan tidak memenuhi syarat kelayakan dan pemohon bermastautin luar dari Selangor,” katanya.

Setiap maklumat berkaitan permohonan SPZAS boleh dirujuk di: http://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Borang sokongan berkaitan boleh dimuat turun di sini:

Borang Pengesahan Pelajar https://drive.google.com/…/1ripnVvPuF8QHYG_YDC8-yy8qLJ…/view

Borang Pengesahan Pemastautin https://drive.google.com/…/1SgZ0q0Z6oAhhzEJbaesr5PAL57…/view

Borang Pengesahan Pendapatan https://drive.google.com/…/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edit