Categories
SUKANKINI

Piala Sudirman: Laluan sukar bagi Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Malaysia menghadapi laluan sukar pada kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 26 Mei di Nanning, China.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan, Malaysia diundi dalam Kumpulan 1D bersama China selaku juara sepuluh kali dan India.

Malaysia cuma melayakkan diri ke separuh akhir pada edisi 2009 dan 2015.

Tuan rumah, Indonesia selaku pilihan kedua menjadi favourite untuk berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan 1D sementara pilihan utama Jepun, yang memburu gelaran Piala Sudirman buat pertama kali, berada dalam Kumpulan 1A bersama Thailand dan Rusia.

Indonesia, yang menjuarai kejohanan yang pertama pada 1989, perlu berwaspada dengan Denmark dan England dalam Kumpulan 1B dan juara bertahan, Korea Selatan juga dijangka menghadapi cabaran daripada Chinese Taipei dan Hong Kong dalam Kumpulan 1C.

Undian bagi 31 pasukan yang mengambil bahagian, yang dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan ranking pasukan, dijalankan di Nanning hari ini oleh BWF dengan dihadiri para pegawai dari Persatuan Badminton China (CBA), pegawai bandaraya hos, penaja dan media.

Dua pasukan teratas dari setiap sub kumpulan dalam Kumpulan 1 akan mara ke suku akhir dan bersaing bagi merebut gelaran.

Sembilan pasukan yang lain dari Kumpulan 2, 3 dan 4 akan bersaing bagi merebut kedudukan keseluruhan.

UNDIAN PIALA SUDIRMAN:

Kumpulan 1

Kumpulan A: Jepun, Thailand, Rusia
Kumpulan B: Indonesia, Denmark, England
Kumpulan C: Chinese Taipei, Korea, Hong Kong
Kumpulan D: China, India, Malaysia

Kumpulan 2

Kumpulan A: Belanda, Perancis, Ameika Syarikat, Vietnam
Kumpulan B: Jerman, Kanada, Singapura, Israel

Kumpulan 3

Kumpulan A: Ireland, Australia, New Zealand, Nepal
Kumpulan B: Switzerland, Sri Lanka, Slovakia, Lithuania

Kumpulan 4

Macau, Greenland, Kazakhstan

– BERNAMA