Categories
SASTERA

Kemasyhuran di bibir manis

Seruling sudah mula
mengenal kembali
rumpun buluh di hutan jauh
setelah lama ingatannya menipis

dihakis kemasyhuran di bibir manis
sang peniup jelita
mendendangkan irama pura-pura
di kota ternama.

Ingin ia pulang
ke tempat asal tumbuh
semula bercantum

dengan orkestra alam
mempersembahkan lagu cinta
halus dan sempurna
tulus dan setia.

Abizai
Miri, Sarawak