Categories
PBT SELANGOR

Jom ke `Pasar Bunga Shah Alam’ esok

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 16 OKT: Peminat pokok bunga dan pelbagai produk pertanian dijemput datang ke Laman Budaya, Taman Tasik di sini esok hingga 20 Oktober ini.

Program `Pasar Bunga Shah Alam’ dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama empat hari itu bermula dari jam 9 pagi hingga jam 8 malam.

MBSA menerusi laman Facebook berkata, antara produk yang dijual seperti pokok-pokok bunga, baja sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk pertanian organik.

Selain itu, program itu juga diselit dengan pengisian menarik seperti pameran orkid, zoo haiwan, pertandingan melukis atas kanvas, mencanting batik, pertandingan memancing kanak-kanak dan jualan makanan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi MBSA di talian 03-5510 5133.