Categories
EXCO SELANGOR

496 ketua kampung sertai seminar integriti

SHAH ALAM, 21 FEB: Seramai 496 ketua kampung negeri ini menyertai Seminar Integriti Tumbuk Rusuk, Duit Panadol Pengkisahan Dari Tirai Besi bagi meningkatkan kewibawaan mereka menjalankan tugas masing-masing, kata EXCO kampung tradisi.

Rodziah Ismail berkata, mereka melibatkan 371 ketua kampung tradisi, 77 Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan 48 ketua komuniti India.

Seminar bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, seminar itu mendedahkan aspek integriti dan kewibawaan kepada ketua kampung agar mereka lebih memahami tanggungjawab dan peranan menjaga komuniti yang dipimpin.