Categories
AGENSI SELANGOR

20 Orang Asli di Klang peluk Islam

SHAH ALAM, 10 MAC: Seramai 20 Orang Asli menyertai majlis Pengislaman Beramai-ramai di Daerah Klang yang berlangsung di Perkampungan Orang Asli Pulau Indah pada 7 Mac lalu.

Majoriti peserta dari suku kaum Mah Meri membabitkan tiga pasangan suami isteri dan 14 bujang dari Kampung Orang Asli Pulau Indah, Kampung Orang Asli Bagan Hailam serta Kampung Orang Asli Sungai 2 Pulau Ketam.

Majlis julung kali diadakan di Klang dirasmikan Pegawai Tadbir Agama, Mahdi Al-Hilmy Arshad, lapor Sinar Harian.

Seorang peserta Asmuddin Omar, 23, mengakui hatinya terbuka mendekati Islam apabila mendengar laungan azan di sebuah surau dan sejak itu dia mula mendalami ilmu agama dengan lebih dekat dan turut meluangkan masa mendengar alunan ayat suci al-Quran.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, ahli keluarganya yang lain tidak mengikut jejaknya dan keputusan Asmuddin tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya ambil masa sebulan untuk membuat keputusan. Dan akhirnya Allah telah gerakan hati saya untuk memeluk Islam,” katanya.