Categories
AGENSI SELANGOR

Isteri MB jahit pakaian seragam buat petugas kesihatan

SHAH ALAM, 29 MAC: Isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad menggunakan kemahiran menjahit untuk menyiapkan seragam percuma kepada petugas kesihatan yang terlibat dalamĀ  mengekang wabak Covid-19.

Beliau yang juga pengerusi Rumah Perlindungan Puteri Arafiah (RPA) berkata pelatih rumah kebajikan itu yang mahir menjahit berusaha menyiapkannya dalam masa terdekat sebelum diedar kepada institusi dan juga hospital memerlukan.

“Hampir tujuh pelatih sedang menyiapkan 200 meter kain bagi dijadikan pakaian seragam lengkap buat petugas kesihatan. Kami berharap petugas akan lebih selesa dengan pakaian baharu nanti.

“Ia juga tanda sokongan pelatih RPA kepada kumpulan barisan hadapan yang sanggup menggadaikan nyawa dan masa demi membanteras wabak Covid-19,” ” katanya kepada SelangorKini.