Categories
AGENDA NASIONAL

KPDNHEP kongsi tujuh panduan elak pembelian panik

SHAH ALAM, 31 MAC: Pengguna perlu segera menghentikan pembelian panik terutama berkaitan bekalan makanan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Bagi mengelakkan tindakan tersebut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Twitternya berkongsi tujuh panduan boleh diamalkan.

1. Masyarakat dinasihatkan merancang menu masakan setiap hari bagi mengelak melakukan pembelian berlebihan
2. Membeli barangan yang perlu sahaja
3. Elak beli barang yang masih ada di rumah
4. Gunakan atau habiskan dahulu bahan atau makanan cepat tamat tempoh
5. Guna bahan sama untuk menu berbeza (kreatifkan diri anda)
6. Beli stok makanan dalam tin sebagai bekalan jika kehabisan bahan asas
7. Elakkan keluar secara kerap

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKP selama sebulan bermula 18 Mac lalu ke atas seluruh penduduk negara ini bagi menyekat penularan  wabak Covid-19.

Menurut Muhyiddin perintah penguatkuasaan itu akan dikaji dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan untuk dilanjutkan beliau akan membuat pengumuman mengenainya.