Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: Petugas hospital di Selangor terima bantuan RM200

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 6,000 petugas hospital di seluruh Selangor diberikan bantuan RM200, kata Dato’ Menteri Besar .

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif berkenaan akan diberikan dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan Negeri menghargai petugas kesihatan yang bertungkus-lumus berkhidmat dan ada antara mereka bertugas tanpa cuti.

“Keseluruhan peruntukan ini berjumlah RM2.1 juta,” kata beliau  pada sidang akhbar mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19  di sini hari ini.