Categories
PBT SELANGOR

Tabung Amal Covid-19 MPSJ bantu golongan terkesan

SHAH ALAM, 11 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menubuhkan Tabung Amal Covid-19 bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Tabung tersebut antara lain untuk membantu petugas barisan hadapan dari segi kelengkapan dan peralatan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memerangi Covid-19.

Selain itu, sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membantu keluarga yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19 serta membantu kerja nyahkuman di pangsapuri kos rendah.

“MPSJ prihatin untuk membantu mereka yang terkesan dengan PKP dan wabak Covid-19 ini,” kata MPSJ menerusi kenyataan.

Orang ramai boleh menyumbang melalui nombor akaun Maybank 562366652566 dengan memastikan sumbangan dibuat kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (Tabung Amal MPSJ).