Categories
AGENDA NASIONAL

Polis tahan 10 orang tidak patuh PKP Bersyarat

SHAH ALAM, 14 MEI: Polis menahan 10 individu semalam kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penahanan tersebut selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengambil tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah terhadap mereka yang melanggar tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang tempoh PKPB.

“Jumlah tangkapan semalam mencatatkan peningkatan mendadak berbanding kelmarin yang menyaksikan hanya seorang individu ditahan di Selangor.

“Justeru, saya sekali lagi ingatkan kepada setiap rakyat untuk sentiasa patuh peraturan dan SOP PKPB,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

PKPB dilaksanakan pada 4 hingga 12 Mei lalu sebelum dilanjutkan sehingga 9 Jun dengan beberapa kelonggaran diberikan.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dikesan ramai orang awam keluar beramai-ramai dan bergerak bebas termasuk membawa anak ke pusat beli-belah.