Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Saringan Covid-19 di Pasar Jalan Othman hampir 100 peratus selesai

SHAH ALAM, 14 MEI: Proses saringan Covid-19 ke atas penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya sejak 10 Mei lalu hampir mencapai 100 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar berkata setakat ini seramai 2,150 penduduk di Zon A, B dan C disaring melibatkan 1,555 warganegara dan 595 bukan warganegara.

“Hari ini kita akan menyelesaikan baki saringan dengan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela akan melakukan saringan rumah ke rumah membabitkan 20 lagi kediaman,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Menurutnya, setakat 13 Mei lalu, sebanyak 536 sampel yang diuji menunjukkan keputusan negatif Covid-19 manakala keputusan sampel lain akan diterima secara berperingkat.

Pada 10 Mei lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekitar Pasar Jalan Othman dikenakan PKPD selepas terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

Beliau berkata, perintah PKPD kelapan itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

Arahan kelapan PKPD di tiga zon tersebut melibatkan kawasan:

Zon A:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
Jalan 2/29A, Petaling Jaya
Jalan 2/27, Petaling Jaya
Jalan 2/32, Petaling Jaya
Jalan 2/25, Petaling Jaya
Jalan 2/26, Petaling Jaya
Jalan 2/34, Petaling Jaya
Jalan 2/34A, Petaling Jaya
Jalan 2/23, Petaling Jaya
Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
Lorong 3/57D, Petaling Jaya
Lorong 3/57C, Petaling Jaya
Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya