Categories
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 46 kes baharu jangkitan

SHAH ALAM, 24 MEI: Selangor mencatatkan 46 kes baharu Covid-19 hari ini daripada jumlah keseluruhan 60 kes seluruh negara.

Jumlah itu tidak membabitkan kes import sekaligus menyaksikan jumlah kes keseluruhan setakat ini adalah 1,776 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 1,692 kes setakat ini mencatatkan bilangan kedua tertinggi sebanyak 11 kes baharu dengan enam daripadanya kes import diikuti dua kes di Sabah manakala satu kes di Johor juga membabitkan kes import.

Tiada sebarang kes baharu dicatatkan di empat negeri sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan rekod sama turut diikuti Kelantan, Terengganu serta Pahang.

Secara keseluruhan terdapat 7,245 kes direkodkan di seluruh Malaysia dengan 33 individu dibenarkan pulang selain kekal 115 kematian sehingga jam 12 tengah hari tadi.