SHAH ALAM, 13 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin diumumkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menggantikan ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi.
Pelantikan Hasnul diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DNS, hari ini.
Majlis angkat sumpah diadakan pada persidangan DNS di hadapan Speaker, Ng Suee Lim.
Persidangan DNS dijadual berlangsung bermula hari ini sehingga 24 Julai.