Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Covid-19: Tiga kes baharu di Selangor

SHAH ALAM, 3 JULAI: Tiga kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini berbanding sifar semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Kesemua kes itu adalah kes import membabitkan warganegara Malaysia yang baru pulang dari luar negara iaitu Qatar, Turki dan Oman.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini bertambah kepada 2,051.

“Corak kes baharu dibanding semalam meningkat. Kes harian masih lagi berlegar sekitar satu digit. Merenung perkembangan peringkat global, perlu sentiasa amalkan norma baharu,” kata pasukan itu menerusi Twitter.

Malaysia mencatatkan lima kes positif Covid-19 dengan tiada kematian hari ini, sementara jumlah kes pulih meningkat kepada 8,446.