Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Patuh SOP jika tidak mahu gelombang kedua Covid-19 – STFC

SHAH ALAM, 26 OGOS: Masyarakat diingatkan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sekiranya tidak mahu gelombang kedua Covid-19 melanda negara, tegas Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menurut STFC, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih belum tamat dan semua pihak perlu memberi kerjasama serta melaksanakan SOP.

“Hari ini satu kes baharu melibatkan kes import bukan warganegara dari Indonesia direkodkan di Selangor dan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,159.

“Oleh sebab itu, amalkan penjarakan fizikal, jaga kebersihan, pakai pelitup muka dan pastikan setiap kali masuk ke premis, rekodkan kemasukan tersebut dengan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

Hanya itu caranya sekarang untuk menghalang gelombang kedua berlaku di Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Malaysia merekodkan sebanyak enam kes baharu Covid-19 hari ini melibatkan lima kes tempatan dan satu kes import.

Semua kes tempatan berlaku di Kedah iaitu tiga kes melibatkan Kluster Tawar serta masing-masing satu kes saringan bergejala dan jangkitan pernafasan akut teruk di Hospital Sultanah Bahiyah.