Categories
AGENDA NASIONAL

PKPB: Waktu operasi pasar harian 6 pagi hingga 4 petang

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan, terdapat ralat mengenai waktu operasi pasar harian yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), petang semalam.

Menerusi satu kenyataan unit tersebut memaklumkan, waktu operasi baharu bagi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.

Semalam, menerusi sidang media perkembangan PKPP, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan operasi pasar harian bermula 10 pagi sehingga 4 petang, berkuatkuasa hari ini.

Ia akan diawasi pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) ketat yang ditetapkan dipatuhi.

-BERNAMA