Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jangkitan melonjak lebih 5,000 kes, 3,126 di Selangor sahaja

SHAH ALAM, 29 JAN: Jangkitan Covid-19 melonjak kepada 5,725 kes hari ini, jumlah tertinggi sejak pandemik mengatasi 4,275 kes pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 3,126 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, 5,718 merupakan kes tempatan dan tujuh kes import, selain mencatat 3,423 kes sembuh.

“Sebanyak 16 kematian dilaporkan hari ini yang kesemuanya warganegara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, terdapat 301 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan.