Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol kekal, diesel turun dua sen

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90 dan RM2.20 seliter dari 30 Jan hingga 5 Feb ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan harga runcit diesel dalam tempoh sama turun dua sen daripada RM2.09 seliter kepada RM2.07 seliter.

Kementerian itu berkata harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-BERNAMA