Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 1,354 kes baharu, lebih 1,700 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 14 MAC: Kes baharu Covid-19 terus merekodkan jumlah di bawah 1,500 hari ini apabila 1,354 kes berbanding 1,470 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 323,743.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 1,782 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 306,274.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19  adalah 16,276 kes.

“Sebanyak empat kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,210,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 158 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 71 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi negara iaitu sebanyak 577 kes.