Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS peruntuk lebih RM70,000 bantu lelaki OKU sejak 2015

SHAH ALAM, 11 MAC: Lembaga Zakat Selangor memperuntuk sejumlah RM71,370 bagi membiayai kos perubatan seorang penerima zakat orang kelainan upaya (OKU) di Cheras sejak 2015.

Agensi berkata Mohd Rezuan Mohd Nur yang menghidap penyakit radang sendi kronik kira-kira 10 tahun lalu menerima bantuan pada 2015 dan 2016 bagi kos ubat Adalimumab 40mg injection setiap bulan.

“Mohd Rezuan tinggal bersama ibu, pakcik dan adiknya. Melihat kepada keadaan usia ibu dan pakcik beliau yang mempunyai masalah kesihatan sudah pasti mereka tidak mampu menguruskan urusan hariannya, selain adiknya terikat dengan komitmen kerja dan keluarga sendiri.

“Kami mengesyorkan bantuan perubatan di bawah kategori asnaf gharimin mengikut laporan dan pandangan pegawai perubatan hospital.

LZS berkata pihaknya akan menyantuni lelaki terbabit dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan.