Categories
PBT SELANGOR

MBSJ sedia tapak pasar malam kepada lebih 2,000 peniaga B40

SHAH ALAM, 18 MAC: Sebanyak 2,415 peniaga dari golongan berpendapatan rendah (B40) dibantu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi penyediaan tapak berniaga di pasar malam.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Azfarizal Abdul Rashid memaklumkan sebanyak 20 lokasi disediakan bagi tujuan itu.

“Kesemua 20 lokasi pasar malam ini diuruskan sendiri oleh MBSJ bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan terhadap peniaga,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menjelaskan pihaknya turut mengenakan kadar sewa tapak yang berpatutan dalam usaha membantu peniaga.

“Kadar sewa tapak pasar malam di kawasan pentadbiran MBSJ adalah paling rendah berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain di Selangor,” katanya.