Categories
AGENSI SELANGOR

Petaling catat hampir separuh jumlah kes Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kes Covid-19 di Petaling hari ini mencatat hampir separuh daripada jangkitan baharu di negeri ini iaitu 504 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan mukim Petaling mencatat bilangan tertinggi iaitu 196 kes diikuti Damansara (161), Sungai Buloh (113) dan Bukit Raja (34).

“Daerah kedua tertinggi adalah Hulu Langat dengan 217 kes diikuti Klang (125), Gombak (83), Sepang (45), Kuala Langat (37), Kuala Selangor (36), Sabak Bernam (21) dan Hulu Selangor (15),” katanya menerusi Facebook.

JKNS berkata daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 1,060 kes jangkitan dalam komuniti serta 23 kes membabitkan penjara.

“Secara keseluruhan sebanyak 131,625 kes Covid-19 telah dilaporkan di Selangor dengan 987 kes sembuh dan tiga kematian hari ini,” katanya.