Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Petaling tertinggi kes Covid-19 berpunca kontak rapat

SHAH ALAM, 14 APRIL: Selangor merekodkan 517 jangkitan baharu Covid-19 hari ini dengan Petaling tertinggi iaitu 228 kes berpunca dari saringan kontak rapat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata terdapat 71 kes di mukim Petaling diikuti mukim Sungai Buloh (65), mukim Damansara (66) dan mukim Bukit Raja (26).

“Hulu Langat menjadi daerah kedua tertinggi dengan 78 kes juga berpunca dari saringan kontak rapat.

“Sebanyak 21 kes dikesan di mukim Ampang, Penjara Jalan Harapan (19), mukim Kajang (18), mukim Cheras (15), mukim Semenyih (empat) dan satu kes import,” katanya di Facebook.

JKNS berkata daerah Sepang merekodkan 53 kes diikuti Klang (52), Gombak (46), Kuala Langat (24), Sabak Bernam (15), Hulu Selangor (12) dan Kuala Selangor (9).

Tambahnya, sebanyak 418 kes sembuh direkodkan dan terdapat satu kematian baharu.