Categories
AGENSI SELANGOR

LZS bantu lelaki tinggal dalam kereta

SHAH ALAM, 10 MEI: Prihatin terhadap nasib seorang lelaki yang menjadikan keretanya sebagai tempat berteduh, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menghulurkan bantuan.

Agensi berkata pihaknya menerusi Skuad Saidina Umar berjaya menjejaki lelaki itu berhampiran kawasan Denai Alam seperti yang dilaporkan orang awam.

“Justeru, LZS mendaftarkan beliau sebagai asnaf fakir dengan memberi bantuan kewangan bulanan yang akan disalurkan mulai bulan ini.

“Kita juga berusaha untuk dapatkan rumah sewa tetapi beliau memohon diberi masa untuk mencarinya sendiri,” katanya menerusi Facebook.

LZS difahamkan lelaki berkenaan datang dari Kedah dan mahu mencari pekerjaan di Selangor.

Sebelum ini, beliau didapati tidur di rehat dan rawat (RnR) kerana tidak mempunyai sumber pendapatan dan meminta sedekah di sekitar kawasan berkenaan.