Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB zahir takziah pemergian mufti Perak, sifatkan agamawan terbilang

SHAH ALAM, 30 MEI: Dato’ Menteri Besar menzahirkan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, yang meninggal dunia hari ini.

Berdukacita atas pemergian itu, Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan negara kehilangan seorang tokoh agamawan yang terbilang.

“Inalillah wainna ilaihirajiun. Menerima berita dukacita pemergian Almarhum Tan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak. Takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya di Twitter.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 3 petang tadi.

Pada 19 Mei, Almarhum dilaporkan disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di HRPB sebelum sambutan Aidilfitri.

Harussani dilantik menjadi Mufti Perak sejak 1985 dan pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 selain Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam yang membawa gelaran Doktor pada 2010.