Categories
AGENDA NASIONAL RENCANA

Panduan solat sunat Aidilfitri di rumah

SHAH ALAM, 12 MEI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan panduan ringkas solat sunat Aidilfitri untuk dilaksanakan umat Islam di rumah pada 1 Syawal esok.

Bilal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Hazizul Masdin menerusi video di Youtube berkongsi kaedah menunaikan solat sunat berkenaan.

“Terdapat tiga kaedah menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah, pertama secara sendirian, secara berjemaah dan secara berjemaah ditambah dengan dua khutbah.

“Solat sunat Aidilfitri ada penambahan tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima kali takbir pada rakaat kedua,” katanya.

1. Solat sunat secara sendirian
– Lafaz niat: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah taala

2. Solat sunat secara berjemaah
– Lafaz niat imam: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat menjadi imam kerana Allah taala
– Lafaz niat makmum: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam kerana Allah taala

3. Solat sunat berjemaah termasuk khutbah
– (sama seperti di atas)

Rukun solat:
– Niat
– Takbiratul ihram
(Rakaat pertama)
– Lafaz takbir tujuh kali diselangi lafaz tasbih
– Membaca Al-Fatihah
– Membaca surah pilihan
– Rukuk / Sujud / Berdiri semula

(Rakaat kedua)
– Lafaz takbir lima kali diselangi lafaz tasbih
– Membaca Al-Fatihah
– Membaca surah pilihan
– Rukuk / Sujud / Salam
– Doa
– Khutbah raya

Untuk panduan lanjut secara grafik boleh layari pautan
https://www.jais.gov.my/userfiles/user/Panduan-Solat-Eidulfitri-1442H.pdf?fbclid=IwAR3QnpTh8MWqsz8YHJbGSkSVuS-aMnyCO9EwPHDdXVVd44ti83zWEkAgSUY

Individu yang ragu-ragu untuk membaca khutbah secara sendiri, mereka boleh memuatkan turun khutbah yang diwujudkan Bahagian Pengurusan Masjid Jais https://emasjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah