Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Ratusan asnaf di Gombak, Kuala Selangor dapat bantuan makanan

SHAH ALAM, 3 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini mengagihkan barangan dapur kepada 138 keluarga asnaf sekitar Gombak bagi keperluan sepanjang Ramadan.

Inisiatif menerusi program Dapur Ramadan Asnaf Selangor 2021 turut diserahkan kepada 20 keluarga asnaf kawasan Kuala Selangor dengan kerjasama kariah masjid.

LZS dalam kenyataan ringkas di Facebook berharap bantuan tersebut membantu meringkan beban golongan itu dan menggembirakan mereka.

“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi dan dipermudahkan urusan ibadah di bulan Ramadan,” kata agensi itu.

Program agihan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat turut disertai Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Abdul Basith Hamid.

Dapur Ramadan Asnaf Selangor 2021 dilancarkan April lalu bagi membantu keluarga asnaf fakir dan miskin yang terkesan rentetan penularan wabak Covid-19.

Sumbangan meliputi beras, bihun, minyak masak, tepung gandum, gula, teh uncang, kicap dan minuman kordial.