Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Semua daerah rekod kes baharu Covid-19, Petaling tertinggi

SHAH ALAM, 16 MEI: Semua daerah di Selangor merekodkan jangkitan baharu Covid-19 dengan Petaling mencatat jumlah tertinggi iaitu 528 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu merangkumi mukim Petaling (238), Damansara (151), Sungai Buloh (96) dan Bukit Raja (44).

Diikuti Hulu Langat dengan 369 kes iaitu mukim Cheras (105), Ampang (89), Kajang (85), Semenyih (41), Beranang (13), Hulu Langat (sembilan) dan lokap (27).

“Sebanyak 174 jangkitan dikesan di Gombak melibatkan mukim Batu (81), Rawang (42), Hulu Kelang (30), Setapak (12) dan Kuang (sembilan).

“Klang rekodkan 154 kes, masing-masing mukim Klang (131) dan Kapar (23). Di Sepang catat 117 kes iaitu Dengkil (86), Labu (17) dan Sepang (14),” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata sebanyak 68 kes dilaporkan di Kuala Langat, masing-masing di mukim Telok Panglima Garang (30), Batu 12 (24), Batu (11), Jugra (dua) dan Kelanang (satu).

Menurutnya, Kuala Selangor catat 67 jangkitan melibatkan mukim Ijok (34), Jeram (12), Bestari Jaya (sembilan), Kuala Selamgor (lapan), Tanjong Karang (tiga) dan Hujung Permatang (satu).

“Sebanyak 19 kes direkidkan di Hulu Selangor dengan tertinggi di mukim Serendah (11); Hulu Yam, Batang Kali dan Hulu Bernam (dua) manakala Ampang Pecah dan Kalumpang (satu).

“Sabak Bernam catat 11 kes baharu melibatkan mukim Sungai Panjang manakala Pasir Panjang, Pancang Bedena dan Bagan Nakhoda Omar (dua,” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan 1,507 kes baharu dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan selain terdapat 26 kematian.