Categories
AGENSI SELANGOR

Semua khidmat Jais termasuk akad nikah ditangguh sehingga 14 Jun

SHAH ALAM, 31 MEI: Majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara, bermula esok hingga 14 Jun.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Jais berkata semua pelanggan Jais disaran untuk sentiasa mengikuti laman rasmiĀ http://www.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial Jais untuk sebarang pemakluman rasmi dan terkini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pelanggan boleh e-mel ke [email protected].

-BERNAMA