Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS salur bantuan makanan kepada anak pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 16 JUN: Anak kepada sepasang suami isteri yang dijangkiti Covid-19 dan kini menerima rawatan di hospital dibantu dengan diberi bekalan makanan asas.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata pasangan asnaf dari Klang itu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang.

“Kami segera menguruskan dan menghantar keperluan barangan makanan asas untuk anak-anak beliau yang ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya.

“Diharap dengan bantuan yang disalur ini dapat mengurangkan kegusaran si ayah tentang keperluan anak-anak yang ditinggal,” katanya menerusi Facebook.

LZS turut mendoakan agar keluarga tersebut terus tabah dengan ujian yang menimpa dan diberi kesembuhan segera seperti sediakala.