Categories
AGENDA NASIONAL

22,642 kes baharu, jangkitan di banyak negeri meningkat

SHAH ALAM, 25 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor melonjak kepada 6,325 kes selepas berada pada paras 4,000 dua hari berturut-turut.

Menurut ketua pengarah kesihatan, kes seluruh negara juga meningkat kepada 22,642 berbanding 20,837 semalam.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan di Sabah pada paras semalam iaitu 3,224 kes.

Kedah pula mengalami lonjakan jangkitan kepada 2,279 berbanding 1,772 kes semalam.

Enam negeri yang merekodkan jangkitan lebih 1,000 kes seperti berikut:

Johor – 1,832
Sarawak – 1,667
Pulau Pinang – 1,427
Kelantan – 1,424
Perak – 1,390
WPKL – 1,128

Negeri lain menunjukkan jumlah jangkitan tiga angka iaitu:

Terengganu – 744
Pahang – 522
Melaka – 342
Negeri Sembilan – 269

Negeri dan wilayah lain yang merekodkan kes dua angka pula:

Perlis – 44
WP Putrajaya – 21
WP Labuan – 4