Categories
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

51.2 peratus rakyat Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 2.43 juta atau 51.2 peratus penduduk Selangor yang layan divaksin telah lengkap menerima dua dos setakat hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi perkongsian infografik di Facebook memaklumkan sejumlah 6.19 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu,  3.76 juta individu atau 79.1 peratus  sudah menerima dos pertama.

Manakala bagi program Vaksin Selangor (Selvax) pula tambahan 296,213 dos telah disuntik.

Pada 9 Jun, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax bagi melengkapkan dan mempercepat pemberian vaksin rakyat.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Program Selvax Komuniti diberi secara percuma dapat memanfaatkan 250,000 penduduk Selangor khususnya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) membabitkan 500,000 dos.