SHAH ALAM, 16 OGOS: Selangor merekodkan enam kluster baharu Covid-19 dengan empat di tempat kerja dan dua melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) jangkitan tempat kerja adalah kluster Industri Puncak Alam Enam, Industri Jurunilai, Industri Alam Jaya 2/1 2 dan Tapak Bina Persiaran Grandeur.
Manakala kluster kumpulan berisiko tinggi pula ialah kluster Jalan Cheras 2 dan Jalan Sentosa Rawang.
Terdapat 282 kes positif dikesan daripada enam kluster berkenaan hasil saringan terhadap 1,389 individu.
Semalam, Selangor mencatatkan 7,307 kes baharu Covid-19 dengan 108 kematian iaitu 59 kes kematian di hospital manakala 49 lagi kematian sebelum tiba di hospital (BID).