SHAH ALAM, 4 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 19,819 kes, peningkatan lebih 2,000 kes berbanding semalam.
Jumlah di Selangor juga menyaksikan kenaikan kepada angka kedua tertinggi dengan 8,377 kes setelah menunjukkan aliran menurun empat hari berturut-turut sejak Sabtu lalu.
Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di media sosial menunjukkan beberapa negeri melepasi jumlah 1,000 kes.
Selain Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan kepada 2,467 kes, Johor, Kedah dan Kelantan turut merekodkan jumlah empat angka masing-masing kepada 1,162, 1,371 dan 1,003 kes.
Kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut (jumlah besar di atas):
Sabah – 949
Pulau Pinang – 867
Negeri Sembilan – 800
Perak – 662
Pahang – 558
Sarawak – 552
Melaka – 508
Terengganu – 481
Putrajaya – 46
Perlis – 11
Labuan – 5