Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor kekal paras 2,000 dua hari berturut

SHAH ALAM, 7 SEPT: Jumlah jangkitan Covid-19 di Selangor kekal pada paras 2,000 dengan 2,107 kes dicatatkan hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam, negeri ini merekodkan 2,126 kes, lebih kurang angka sekitar Mei atau Jun lalu.

Selain mendapat jumlah suntikan vaksin yang tinggi, Selangor menunjukkan aliran menurun angka jangkitan sekitar 3,000 hingga 4,000 kes sejak lebih seminggu lepas.

Angka yang dikongsi KKM di Facebook juga menunjukkan jumlah jangkitan seluruh negara sedikit naik kepada 18,547 berbanding 17,352 semalam.

Sarawak masih mendahului jumlah jangkitan tertinggi iaitu 3,200 diikuti Johor (2,174) dan Sabah (2,107).

Negeri dan wilayah merekodkan jangkitan empat angka:

Pulau Pinang – 1,776
Kedah – 1,487
Kelantan – 1,458
Perak – 1,197

Jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pahang – 742
Terengganu – 645
WP Kuala Lumpur – 631
Melaka – 448
Negeri Sembilan – 229
WP Putrajaya – 22
Perlis – 20
WP Labuan – 4