Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 6,355

SHAH ALAM, 19 NOV: Jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini sebanyak 6,355, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi menerusi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaparkan angka direkodkan itu menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,575,888 kes.

Jangkitan baharu hari ini menyaksikan sedikit penurunan berbanding 6,380 semalam.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my