Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 cecah paras 4,000, pertama kali sejak 18 Disember

SHAH ALAM, 20 JAN: Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 4,046 kes baharu hari ini, pertama kali melepasi paras 4,000 sejak 18 Disember 2021

Berdasarkan kenyataan dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook, jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini adalah 2,824,973 kes.

Beliau memaklumkan maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW https://covidnow.moh.gov.my selepas tengah malam.

Semalam, sebanyak 3,764 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan yang mana daripada jumlah itu 3,242 daripada kes yang dilaporkan membabitkan penularan tempatan.