Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

ADN Sungai Ramal serah komputer riba, tablet kepada pelajar

SHAH ALAM, 12 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mazwan Johar semalam, menyerahkan sembilan komputer riba dan tablet untuk kegunaan golongan memerlukan.

Beliau berkata sumbangan itu bagi meringankan beban pelajar sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi terbabit dan ia diserahkan kepada pelajar atau ibu bapa mereka di pusat khidmatnya.

“Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, mereka menerima sumbangan tablet, manakala komputer riba bagi pelajar institusi pengajian tinggi.

“Sebanyak lima komputer riba dan empat tablet telah diberikan pada sesi penyerahan sumbangan secara ringkas pagi tadi,” katanya di Facebook.

Katanya, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada bantuan meringankan beban ibu bapa ketika pandemik Covid-19.

November lalu, Mazwan memaklumkan pihaknya memperuntukkan sebanyak RM45,000 untuk membeli komputer riba untuk diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Terdahulu, sebanyak 20 komputer riba sudah diagihkan sejak September, manakala seramai 10 lagi pelajar menerima komputer riba pada November lalu.