OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 28 NOV : Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan daripada tahanan polis selepas ditahan 11 hari bermula 18 November lalu.
Perkara tersebut disahkan, Gabungan Bersih 2.0 menerusi kenyataan ringkas di Twitternya, sebentar tadi.
“Maria bebas!” tulis BERSIH di Twitter.
Maria terdahulu ditahan ketika serbuan di pejabat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya sebelum dibawa ke ibu pejabat polis IPD Petaling Jaya, sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan aman Bersih 5, 19 November lalu.
Beliau disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berdasarkan penemuan 1 dokumen.
Beliau juga sebelum ini turut disiasat mengikut Seksyen 124c Kanun Keseksaan atas kesalahan menjalankan aktiviti yang dikatakan menjejaskan demokrasi berparlimen.
-nR-