Categories
SELANGOR

900 pekeja bertempiaran lari kilang terbakar

KLANG 21 OKT: Seramai 900 pekerja kilang memproses aluminium dan keluli bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila kilang tiga tingkat berkenaan musnah dalam kebakaran di Jalan Salleh, Meru di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku ketika kesemua pekerja sedang bekerja di kilang yang telah beroperasi lebih 10 tahun. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lapor KOSMO!.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran dikatakan berpunca di tingkat tiga yang merupakan bahagian pengeluaran dengan menempatkan mesin-mesin memproses aluminium dan keluli.

Katanya, seramai 32 anggota termasuk pegawai daripada masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Sungai Pinang, Kota Raja dan Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.55 petang.

“Bomba yang tiba 10 minit kemudian mendapati api marak dengan cepat di keseluruhan tingkat tiga kilang berkenaan yang berkeluasan 13,935 meter persegi.

“Api berjaya dikawal pukul 5.20 petang dengan kebakaran memusnahkan 70 peratus ba­ngunan kilang terbabit,” katanya di sini semalam.

GAMBAR: SUMBER FB MERU RESIDENCE

 

=EZY=