Categories
NASIONAL

Umno BN masih gagal bela nasib wanita

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG, 6 JAN: Barisan Nasional (BN) masih gagal memastikan golongan wanita di negara ini lebih berkualiti walaupun memerintah selama 60 tahun.

Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, golongan wanita pelbagai bangsa merupakan penyumbang kepada negara namun kesaksamaan gender masih diketepikan.

Katanya, kemajuan negara ketika ini tidak akan dikecapi tanpa peranan golongan wanita.

“Harus diingatkan, mereka penyumbang kepada negara tanpa wanita negara tidak akan maju, tidak akan dapat capai apa yang diharapkan.

“Negara maju sumber banyak terapi Barisan Nasional tidak amanah, maka nasib orang perempuan jadi dalam keadaan sekarang,” katanya di Majlis Pelancaran Wanita Pakatan Harapan, di Dewan Seri Cempaka, di sini.

Zuraidah turut mengingatkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya tidak mengikut jejak BN yang mengenepikan peranan wanita.

Beliau juga mahu wanita mengambil peluang meningkatkan diri menjadi perwakilan dalam arena politik.

“Semua wanita perlu meletakkan diri dan memartabatkan wanita dengan kebolehan masing-masing ditempat sesuai,” katanya.

=EZY=