Categories
NASIONAL

BN cemas Azmin guna bahasa difahami Ahli Parlimen Australia?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 9 APRIL: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa cemas hingga menimbulkan ketegangan apabila Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azim Ali menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbahas di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata hal itu disebabkan Peraturan Tetap Dewan Rakyat membenarkan bahasa kedua itu digunakan terutama apabila terdapat tetamu antarabangsa yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

surendran“Pertengkaran dimulakan Ahli Parlimen BN kerana mereka tidak mahu menerima realiti hanya mendapat sokongan 47 peratus rakyat tetapi sebenarnya ini fakta.

“Penggunaan Bahasa Inggeris seharusnya tidak menjadi masalah kerana di bawah Peraturan Tetap Dewan Rakyat, Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi di dewan tetapi Bahasa Inggeris boleh digunakan dengan kebenaran Yang Dipertua.

“Sebelum ini, adakala Bahasa Inggeris digunakan dan kali ini kerana ada tetamu dari Australia. Mereka juga berminat untuk tahu apa yang dibahaskan,” katanya kepada Selangor Kini di perkarangan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.

Surendran yang masih dalam tempoh penggantungan Dewan Rakyat itu juga tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen BN bertindak demikian bagi mengelakkan Ahli Parlimen Australia yang mengikuti perbahasan memahami bahawa parti pemerintah negara ini ditolak rakyat.

azmin“Jadi mengapa BN perlu menjerit-jerit tatkala kita ada tetamu? Mereka memulakannya seperti biasa,” katanya.

Pada 7 April lalu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Jamaluddin Jarjis dalam Dewan Rakyat tidak berpuas hati selepas Azmin menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbahas.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.