Categories
NASIONAL

Gantung keahlian, Chegu Bard yakin PKR adil pertimbang rayuan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 6 JUN: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin percaya beliau akan diberikan keadilan sewajarnya oleh Lembaga Displin parti itu dalam mempertimbangkan surat tunjuk sebab yang dihantarnya, semalam.

“Bagi saya mudah, saya terima penggantungan ini dan dalam surat rayuan kepada Lembaga Displin itu juga sudah diterangkan apa yang berlaku.

“Saya yakin dan percaya boleh diberikan keadilan dalam parti ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

chegu bardSebelum ini, mesyuarat Biro Politik PKR memutuskan menggantung keahlian Badrul Hisham atau Chegu Bard apabila beliau dikatakan membuat kenyataan mengkritik parti secara terbuka.

Antara isu yang disentuh Badrul Hisham adalah soal kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pemilihan PKR kali ini.

Selain Badrul Hisham, beberapa ahli dan pemimpin PKR lain turut tidak berpuas hati berkenaan cara pengendalian pemilihan parti itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.