SHAH ALAM 4 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter melanda Lahad Datu di Sabah pada pukul 8.43 pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata kawasan yang dilanda gempa bumi itu terletak kira-kira 35 kilometer tenggara Lahad Datu.
Pusat gempa berada di 4.9 darjah utara dan 118.6 darjah timur.
“Gegaran mungkin dirasai di Lahad Datu,” kata kenyataan itu.
EZY