Categories
SELANGOR

RM41 juta kompaun tertunggak, MPAJ tawar diskaun

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak RM41 juta tunggakan kompaun melibatkan 738,449 kompaun kesalahan jalan raya yang masih belum dijelaskan pemilik kenderaan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak 13 tahun lalu.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, tunggakan itu bagi tempoh 2003 hingga 2016.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,700 pemilik kereta mempunyai tunggakan melebihi 50 kompaun bagi setiap kenderaan yang keseluruhannya berjumlah RM8.5 juta.

“Oleh itu, MPAJ melaksanakan kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta bermula 1 Februari lalu hingga 31 Mei ini,” Lapor Sinar Harian.

ydp-mpaj-abd-hamid-hussainKatanya, kempen itu bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kompaun tertunggak untuk melangsaikan sebelum tindakan tegas diambil.

“Pengurangan sebanyak RM30 diberikan kepada kompaun tertunggak, manakala RM10 bagi kompaun yang kurang daripada 14 hari daripada tarikh dikeluarkan.

“Pemilik kenderaan digesa menyelesaikan kompaun dalam tempoh kempen sebelum tindakan lanjut diambil seperti operasi tunda serta kunci tayar ke atas kenderaan yang masih berdegil menyelesaikan kompaun,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

MPAJ sasar pendapatan RM120 juta pada 2016

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 5 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mensasarkan pendapatan hasil kutipan cukai dan bukan cukai sebanyak RM120 juta bagi tahun berakhir 2016.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain, berkata pendapatan itu digunakan sebaiknya untuk menaik taraf kemudahan dan pembangunan kawasan bagi manfaat bersama penduduk setempat.

hamid_hussain2“Pada permulaannya, anggaran pendapatan MPAJ daripada hasil kutipan cukai dan hasil bukan cukai sekitar RM150 juta.

“Namun, selepas beberapa pengumuman pengecualian dibuat sebelum ini, kita sasarkan pendapatan sebanyak RM120 juta untuk tahun ini.

“Jadi, pihak majlis berharap masyarakat boleh menjelaskan tunggakan cukai kerana hasil cukai ini sangat penting bagi manfaat MPAJ dan masyarakat,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Apresiasi Media MPAJ di Hotel De Palma, Ampang semalam.

Sebelum ini, PBT seluruh negeri mengalami penyusutan hasil pendapatan berjumlah RM28.5 juta selepas pelaksanaan dasar pengecualian cukai untuk rumah kos rendah.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri membiayai projek penurapan jalan di pangsapuri kos rendah berstatus kritikal secara ‘offset’ sebagai kaedah pulangan keuntungan kepada PBT.

-AA-